Saturday, 9 October 2021

Menara Condong, Teluk Intan

 Setelah hampir 2 bulan menetap di Perak, aku berpeluang lah p jalan2..tapi p jalan2 pon area dekat2 je iaitu Teluk Intan..

First place aku terjah restoren apong d hilir


Restoren ni terapung atas air tau..so bila ada bot laju lalu, rasa la terhuyung hayang tu..


Sambil2 layan angin petang, ngopi la dulu..pekena nasik goreng pon best juga..antara menu lain yang ada kat sini nasi ayam, western food, masakan panas, mee kari n ada lagi tp dah lupa..mentang2 lah dapat makan sambil hirup udara segar kan🤣



Aku pergi dah lewat, so matahari dah terbenam..kalau nk tangkap gambar selfie lawa, aku suggest pergi awal sikit..biar dapat cahaya nur gitu😂




Setel makan, singgah solat dulu dekat masjid..lawa bentuk masjidnya..


Siap solat, aku gerak ke menara condong..tak jauh pon, 2 minit je dari masjid..(mcd tu beli time keluar cari toilet sebab dekat masjid x jumpa toilet😂)



Lawa oitt..ni aku ambil gambar pakai night mode..depan2 sumpah lawa..ramai giler orang..maybe sebab weekend, so orang ramai keluar dating, yang family pulak bawak anak2 jalan2..bab makanan xyah risau..kat sini ada pasar..jenuh kaki berjalan..sediakan duit je kot nanti awek mintak belanja😅



Penat cuci mata, singgah beli makanan sat..alang2 dekat tempat orang, kita try makanan dia..




Cute je bentuk kuih ni..putu namanya..rasanya berlemak, alas pulak pakai daun pisang, sedap baunya..dalamnya ada inti kelapa parut..nice..

Dah penat jalan2, moh ler balik rumah..😴




Boleh visit video pendek santai2 dekat utube aku kayh..

https://youtu.be/-pgJwoF1oM8

Sunday, 27 May 2018

EMOSI ORANG SAKIT

jujur aku katakan. emosi orang sakit ni tak menentu dan lebih terjerumus kepada tekanan dan emosi marah. berdasarkan pengalaman aku, yang terlantar sakit dari 13 feb 2018 until now pon masih tak baik2. at first, murung. selepas kejadian tu, aku lebih suka termenung. termenung teringkatkan nasib malang yang menimpa. termenung jauh teringatkan orang yang buat salah tapi tak datang pon jenguk aku. kadang-kadang ayah aku buat lawak semata-mata nak tengok aku gelak. second perasaan sedih. sedih bila kau tau theres something yang takkan berfungsi sama mcm dulu. kalau dulu blh mkn sedap2, tanpa pikir rasa sakit. sekarang nak makan pon tergeliat mulut. sakit gigi2 aku. tiap2 hari teringat tentang kejadian tu, n i'll cry. even dengar siren ambulan pon automatik akan mengingatkan aku tentang kejadian tu. then air mata akan mengalir. its not easy utk padam ingatan tu daripada kotak memori walaupon aku lost my mind about that tragedy. masa warded xyah citer la. every time aku nangis. kadang tengok mak yang terpaksa susah payah datang jaga aku pon aku nangis. sebab rasa macam aku menyusahkan. mak dah tua, tapi terpaksa tidur atas kerusi plastik jaga aku yang sakit ni.  nangis tengok orang makan sedap2..aku hari2 kena telan bubur je. tak bubur, biskut cecah milo suam. third, marah. tangan tak berfungsi sebab bersimen. mulut xleh cakap. kalau bercakap mcm orang sengau bercakap. xde org faham.bila orang buat lain dari apa yg aku nak, aku akan memberontak..then automatik, nangis lagi. kadang2 tak sempat nk memberontak pon, sedar2 dah nangis.  sampai sini je la dulu aku tulis. see ya next time

ps: doakan aku cepat sihat.

Monday, 30 April 2018

UJIAN SEMALAM

ALLAH, sungguh aku sangat bersyukur kepadaMu. Sangat berat ujianku ketika itu.
13 Febuari , hari last aku kerja..aku buat part time sebab tengah cuti sem. Dan hari itu lah merubah seluruh hdupku. Aku menulis bukan sebab tak bersyukur, tapi aku kecewa.
13 Febuari, aku kemalangan. Motosikal yang kunaiki telah melanggar sebuah kereta yang dinaiki lima orang penuntut UNISZA. Katanya, dia melihat aku berada di belakang kereta tetapi ingat sempat membelok ke kanan. Semasa kemalangan, aku tak sedarkan diri. Dikejarkan ke hospital HSNZ menaiki ambulans JPAM. Aku sedar pada keesokan hari. Aku blur..Kenapa aku boleh ada dekat hospital..Aku lihat kakak sulungku ditepi katil.Diam. Tak bersuara.Lama masa yang aku ambil untuk proses semula ingatanku. Aku patah rahang kiri dan kanan serta retak pergelangan tangan. Ni pon masih belum pulih sepenuhnya. Aku terseksa saat terkenangkannya. Teringat emakku yang merah matanya menahan tangis tengok aku tak mampu untuk makan. Aku patah rahang, jadi tak boleh makan makanan keras. Semasa dekat hospital hanya makan bubur dan biskut cecah air. Tengok orang lain makan sedap2 (ayam KFC, nasi minyak dll) berderai air mata aku turun.. Aku tak mampu tahan Tiap2 malam kakakku temankan di wad.. Dia hanya tidur beralaskan kain batik di atas lantai. Kadangkala tidur sambil duduk di atas kerusi plastik yang disediakan. Masa tu xde apa yang aku fikir, hanyalah nak keluar cepat dari wad. Tak sanggup tengok orang bersusah payah kena jaga aku, kena turutkan karenah aku macam budak2 sebab aku stress.  Terpaksa dibedah. Sehari selepas kemalangan kena pakai besi macam braces tu dekat gusi. Tangan tak payah cakap la..Sedar2 aje dah bersimen dari jari sampai dekat bahu. Balik, pergi buat report polis.  tengok2 yang eksiden dengan aku tu dah pergi buat report polis. Kononnya masa malam kemalangan tu kata nak setel luar. Xnak pergi report polis. 20 Febuari, warded. untuk buat operation masuk besi dan skru untuk rahang dan masuk k wire dalam tangan.. Alhamdulillah lepas operate mulut slow2 ok, tangan dah boleh gerak2 sikit walaupun masih belum pulih sepenuhnya. Tiap2 minggu kena cuci tangan..tiap 2 minggu kena prgi follow up mulut..hari2 kena buat fisio sendiri..kadang2 menangis kena sumbat dengan wooden spatula sebab masa tu bukaan mulut terhad..kata doktor, dia nak bukaan sama dengan 3 jari biar dapat makan burger..aku dalam hati, saya dapat mkn pon dh ok walaupon xdpt mkn burger..hihi.. Tapi effect lain pada diri aku sangat ketara. Aku tak boleh bertutur dengan elok. kalau nak bercakap kena susun elok2. cepat emotional..prngai mcm budak2..Kadang2 sengal tangan, berdenyut2. sengal gigi..hanya mampu tahan je..hari2 aku doakan orang yang kemalangan sekali dengan aku tu rasa bersalah. semoga awak rasa bersalah atas apa yang awak lakukan..Saya tak pernah maafkan awak..Aku terlantar di wad kurang 2 minggu xdenya nak datang jenguk. walaupun orang kata tak baik mendoakan kebaikan, tapi aku terseksa kerana dia. hidupku dah tak macam dulu..Sebab awak , mak saya bersedih.. Sebab awak, mak dan keluarga saya terpaksa bersusah payah..Sebab awak, kehidupan saya jadi berbeza.

Wednesday, 4 October 2017

QUILLING

Semenjak dua menjak ni, iolls dh jatuh cinta dengan quilling arts ni..walaupon saya xde alat quilling but still can make it for dearest member from Indonesia yang telah menamatkan latihan mengajar pada 3 oktober lalu..i give them each person a frame (nanti esok i up gambar frame tu sebab gambarnye dlm sd card lain) yang dihiasi dengan quilling arts..frame tu diperbuat daripada mounting board je sebab nak jimat memandangkan duit dah semput dalam wallet..haha..nanti i share mcm mana nak buat frame tu yer..so, untuk post ni just nak share antara alat-alat yang saya guna untuk gantikan alat sebenar quilling serta bahan-bahan quilling..enjoyyy


Quilling paper
saya beli dekat MR DIY sebab malas nk potong..kalau rajin boleh potong sendiri kertas warna..disyorkan pakai kertas 80 gsm tau sbb keras sikit dri 70 gsm tu..yang saya beli ni harganya murah je iaitu rm1.30 je satu pek..

Manik
Saya guna yang ni sebab dah ad..jimat..huhu..manik ni nak kasi hasil kerja tu nampak bling2 sikit..kalau nak jimat boleh beli manik dekat kedai ecosave..


Sikat
Sikat ni digunakan untuk hasilkan kuntum2 bunga..pastikan sikat baru tau..jangan guna sikat yang korang buat sisir rambut pulak..😆


Penetas benang
this one saya guna untuk buat yang berbentuk bulat2 tu..penetas benang ni menggantikan jarum quilling sebab dah puas cari kat kedai tapi tak jumapa..pakai benda alah ni cepat sikit berbanding gulung pakai tangan..tapi tapi tapi..kena ingat..bila gulung pakai benda ni pastikan tekan2 sikit gulungan kertas tu bila dah dikeluarkan supaya tak jadi segi empat..




Antara alat lain:
-Gam
-Gunting

Kalau nak buat frame gambar pastikan ada mounting board serta plastic cover ye..
Nanti next post i ajar cara penggunaan alat quilling ni serta cara2 buat frame gambar tu..
Semoga bermanfaat gais😍





Monday, 2 October 2017

RUMAH TRADISIONAL TERENGGANU




RUMAH HAJI SU, LOSONG, TERENGGANU

Haji Su merupakan jutawan Melayu Terengganu yang tersohor pada zaman dahulu. Nama penuh Haji Su ialah Su Mohammed Salleh Mohammed. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Haji Su di kalangan masyarakat tempatan, cukup terkenal di Terengganu pada era 1800-an. Ketokohan Haji Su terserlah hinggakan namanya terpahat pada nama Kampung Losong Haji Su, Kuala Terengganu.

            Allahyarham Haji Su Mohammed Salleh bin Haji Mohammed atau lebih dikenali dengan nama Haji Su merupakan seorang saudagar kaya yang telah mewarisi banyak harta pusaka tinggalan ayahandanya, Haji Mohammed bin Abdul Rahman atau lebih tersohor dengan gelaran Haji Mohammed Kaya.

            Haji Su juga terkenal sebagai seorang yang amat mahir dalam bidang pentadbiran dan juga bidang perniagaan. Beliau telah meneruskan usaha yang telah dilakukan oleh ayahandanya dalam bidang perniagaan. Dalam menjalankan urusan perniagaan, beliau juga sering berulang alik dari Terengganu menuju ke Thailand (Siam), Singapura dan juga Indonesia. Selain menjalankan aktiviti perdagangan entrepot, beliau juga memiliki syarikat perkapalan dan memiliki beberapa buah kapal untuk urusan pengangkutan penumpang dan juga kapal untuk urusan pengangkutan barang dagangan. Salah sebuah kapal beliau yang sering berulang alik dari Terengganu ke Singapura ialah MV Menganti Baru.

            Selain daripada terlibat dalam industri perkapalan, Haji Su juga mengusahakan aktiviti perlombongan bijih timah di beberapa kawasan di negeri Terengganu. Selain itu, beliau juga ada membuka tanah pertanian secara komersial terutama dalam aktiviti penanaman padi. Dalam aktiviti kesenian, Haji Su dikatakan amat meminati kesenian Dikir Rebana Pahang yang dibawa dari Pahang melalui daerah Kemaman oleh para ulamak yang tinggal di Terengganu. Oleh kerana memiliki kemahiran yang amat luar biasa dalam mengalunkan lagu-lagu dikir ini, beliau telah diberi kepercayaan untuk memimpin kumpulan Dikir Pahang ini. Kumpulan dikir beliau sentiasa mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di segenap pelusuk negeri Terengganu. Beliau juga amat berminat dalam aktiviti seni mempertahankan diri iaitu seni silat. Beliau sering menggunakan kawasan halaman rumahnya yang luas untuk mengajar anak-anak muda tentang taktik serta teknik seni silat Melayu yang masyhur pada ketika itu.

            Haji Su juga banyak melibatkan diri dalam bidang kebajikan terutama dalam menyediakan prasarana seperti kemudahan jalanraya bagi memudahkan pergerakan penduduk terutamanya di sekitar Kampung Losong. Beliau juga banyak menghulurkan sumbangan terutama dalam bentuk kewangan kepada golongan miskin dan daif bagi meneruskan kelangsungan hidup. Sehubungan itu, sebagai mengenang jasanya yang amat besar itu, maka satu kesepakatan telah dibuat untuk mengabadikan namanya pada salah sebuah kampung di Losong, iaitu Kampung Losong Haji Su. Nama ini kekal hingga ke hari ini.

            Melalui perkongsian hidup dengan dua orang isteri, Haji Su telah dikurniakan sepuluh orang cahaya mata. Haji Su meninggal dunia pada Januari 1951 dan jasadnya disemadikan di tanah perkuburan Masjid Hiliran atau dikenali juga dengan nama Masjid Haji Mohamed Kaya.

Rajah 1.5 Salasilah Keluarga Haji Su

Rumah agam berkayu cengal ini pernah didiami semua anak Haji Su sehinggalah anak bongsunya meninggal dunia pada tahun 2008 dan rumah itu tidak berpenghuni serta terbiar begitu sahaja. Keseluruhannya, rumah ini diperbuat daripada kayu cengal dan mempunyai 70 tingkap serta 12 pintu besar yang diukir indah oleh adiguru ukir tempatan. Keseleruhan rumah dihias indah dengan seni ukir menarik dengan pelbagai motif yang sesuai dengan kehidupan istana pada zaman silam.

Rumah agam ini yang beralamat Lot 7181, 21000 Kuala Terengganu telah berusia 162 tahun dan berdiri di atas tapak tanah seluas 0.4851 hektar. Berdasarkan beberapa catatan dan riwayat sohih, rumah agam ini mula dibina pada tahun 1840 dan siap pada tahun 1850 oleh sekumpulan tukang Melayu yang sangat hebat sehinggakan tiang di dalam rumah itu tidak kelihatan. Tiang-tiang rumah dikatakan disembunyikan di sebalik dinding.

Binaan rumah ini yang bercirikan rekaan rumah Limas Potong Belanda dan Bujang Berpeleh Kembar Tiga menjadi ciri utama rekaan rumah Melayu negeri ini. Terdapat juga penerapan seni bina dari negara luar kerana Haji Su merupakan seorang pedagang yang belayar di seluruh Asia serta memperoleh ilham untuk diterapkan dalam seni bina kedimannya. Sebagai contoh, ukiran di dinding bahagian atas rumah ini menyamai ukiran istana dan kota lama di Jaipur, India.

Rumah kepunyaan Allahyarham Su Mohammed Salleh Mohammed yang dibina pada 1850 bercirikan reka bentuk rumah Limas Belanda dan rumah Bujang Berpeleh Kembar Tiga  yang berkait rapat dengan identiti negeri Terengganu. Dua buah rumah yang ditinggalkan ini merupakan rumah pasang siap dan dipercayai mampu dibina oleh hanya seorang tukang kayu dengan mengambil kira kesesuaian alam persekitaran dan kehidupan masyarakat Melayu serta agama Islam. Rumah warisan ‘Haji Su’ bercirikan keunikan seni bina dan ketukangan masyarakat Melayu tradisional negeri dan dipulihara oleh kerajaan negeri. Pemuliharaan rumah ini dilakukan bagi mengekalkan ilmu tentang seni bina Melayu, yang melambangkan intipati kemajuan teknologi, ketinggian nilai seni serta acuan corak budaya.

"Apa yang pernah menjadi lambang kebanggaan dalam kehidupan silam bangsa dan kini hampir lenyap perlu terus dipertahankan untuk diwarisi,”
(Mohd Yusof Abdullah, 2016).



Berikut merupakan antara gambar rumah tradisional Haji Su yang diambil sendiri oleh saya semasa menjalankan penyelidikan : 





*Kebanyakan maklumat diperoleh daripada artikel yang terdapat di dalam rumah ini, akhbar online serta kajian lepas.
*Penulisan ini adalah hasil kajian literatur disertasi yang dijalankan oleh saya.

Wednesday, 17 May 2017

Rumah tradisional Terengganu
Taman Mini ASEAN, Ayer Keroh Melaka